10 Mar 2012

Amalan Sanitasi Semasa Penyediaan Makanan


  1. Penyedia makanan hendaklah membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan sesuatu makanan.
  2. Peralatan dapur yang digunakan hendaklah bersih, tidak retak atau sumbing.
  3. Makanan mentah hendaklah dibasuh dengan air yang bersih supaya dapat mengeluarkan bakteria atau parasit yang melekat pada tanah atau darah.
  4. Papan pemotong yang digunakan untuk memotong sayuran membuat salad atau sajian buah-buahan hendaklah diasingkan daripada papan pemotong untuk makanan yang belum dimasak bagi mengelakkan pencemaran silang.
  5. Jika sajian yang hendak dihidangkan itu dimakan mentah, kurangkan sentuhan dengan tangan dan gunakan alat seperti penyepit, sudu/garfu semasa menyediakan makanan tersebut.
  6. Makanan hendaklah dimasak pada suhu didih (100 oC keatas) kerana bakteria dapat dimusnahkan pada suhu itu.
  7. Amalkan kebersihan diri dan pakai pakaian yang bersih serta kemas semasa menyediakan makanan.
*Pemilihan Bahan Makanan
# Bahan makanan hendaklah dibeli dari tempat yang bersih.
# Bekas untuk meletakkan atau membungkus makanan hendaklah bersih.
# Pastikan memilih bahan makanan yang bersih dan segar, contohnya; ikan, udang, ayam, dan daging
   (boleh diketahui kesegarannya melalui warna, bau, dan tekturnya)