31 Dec 2011

Dapur

# Terdapat pelbagai jenis model dapur di pasaran.
# Ada dapur yang menggunakan gas, elektrik & ada juga yang menggunakan kedua-duanya iaitu menggunakan elektrik untuk ketuhar & gas di penunu.
# Reka bentuk dapur di rumah adalah berbeza dengan reka bentuk di restoran, kantin atau dapur di asrama.
# Dapur diperbuat daripada kepingan keluli & dilindungi dengan porselin, enamel atau keluli kalis karat.
# Terdapat pelbagai kemasan khas spt. aluminium, tembaga, plastik dll.
# Biasanya penunu diperbuat daripada aluminium jenis keras.

29 Dec 2011

Food Prosessor

# Boleh didapati dalam pelbagai saiz dari 2-4 liter hingga ke 30-45liter
# Kegunaan :- Mengisar, Memotong, Menguli, Menghiris Sayuran, Mencampur sebati adunan, Mengisar cair untuk puri, sup, sos, Mencincang daging, Ikan yang telah dibuang tulang, Makanan kering seperti kacang, kelapa, dll.
# Mempunyai kemudahan mengawal kelajuan & terdapat alat keselamatan inter-lock.
# Terdapat juga mata pisau yang digunakan untuk memarut, memotong, menghiris, mencincang & mencarik (shredding).

Blender

# Diperbuat dari pelbagai jenis bahan spt. kaca, plastik, keluli kalis karat & mempunyai sukatan metrik.
# Ukuran kapasiti jag biasanya 1 liter.
# Cth. kegunaan:- membuat air buah-buahan, menghancurkan buah-buahan & sayur-sayuran, menyincang kekacang, mengisar cili, membuat puri/sos, mengadun batter, membuat mayonis dll.
# Mempunyai kemudahan mengawal kelajuan motor & dilengkapi dengan mata pisau keluli kalis karat yang dibentuk khas.

Mixer

# Boleh didapati dalam 2 bentuk :-
   a) Mixer Bench Mounted 4-20 Liter
   b) Mixer Floor Mounted 20-100 Liter
# Digunakan untuk mengadun kek, memukul telur, & menguli doh.
# Mangkuk adunan & alat pengadun yang berlainan bentuk mengikut kegunaan.
# Diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi & senang dibersihkan.
# 3 Jenis Alat Pengadun :-
   i) Wire Whip/Balloon Whisk
      - Mengadun adunan cair & lembut
      - Kek span, meringue, batter & krim putar (kelajuan yang maksimum)
   ii) Dough Hook/Dough Arm
      - Menguli adunan yang agak keras/kental.
      - doh beryis spt. roti (kelajuan no.1)
   iii) Paddle/Beater
      - Mengadun adunan yang mengandungi kelikatan yang sederhana
      - Spt. kek putar, adunan pastry choux & adunan pastry rapuh (kelajuan yang sederhana)

Peralatan Memproses Makanan

# Digunakan dengan meluasnya dalam penyediaan makanan kerana ia menjimatkan masa & tenaga disamping mengurangkan bilangan pekerja dapur.

# Contoh peralatan :- mixer, blender & food prosessor.

# Cara Pemilihan Peralatan
   i) Muatan/kapasiti cukup untuk memproses makanan dalam kuantiti yang diperlukan.
   ii) Harga alat & alatan tidak begitu penting tapi kualiti amat dititik beratkan.
   iii) Mempunyai kemudahan penggunaan seperti rakabentuk yang mudah diguna, alat tambahan yang mudah dipasang, mudah dialih, mudah diangkat, & dicapai.
   iv) Terdapat alat kawalan keselamatan dipasangkan.
   v) Alat ganti yang mudah diperolehi.
   vi) Peralatan yang mudah diselenggara, dijaga & dibersihkan.

Sebelum Memasak

   Sebelum memasak, perkara yang paling penting yang perlu diambil kira adalah hal keselamatan. Ianya amat penting bagi mengelakkan perkara yang tak diingini dari berlaku. Bukan itu sahaja, tetapi ia dapat membantu kita  memudahkan lagi dalam proses memasak.
Contohnya, jika ada berlaku kecemasan, proses memasak semestinya akan tergendala dan waktu memasak akan memakan masa yang lebih lama, dan lebih malangnya jika kecemasan yang melibatkan nyawa seseorang. Ha..siapa nak tanggung..diri sendiri juga yang susah.

Perkara penting yang perlu diambil berat :-
1- Keselamatan diri/pekerja/chef
   - Pakaian, Adab, dll.
2- Keselamatan peralatan
   - P.Memproses, P.Memasak, P.Holding, P.Penyejukan.
3- Keselamatan tempat
   - Kebersihan, Suasana, dll.

Aspek ini penting bagi menjamin seseorang tukang masak berada dalam keadaan yang selamat ketika proses memasak dan sehinggalah siap sepenuhnya selama mereka berada di dapur.

Jadi...amalkanlah 3perkara tersebut untuk mengurangkan risiko yang tidak diingini dari berlaku.