29 Dec 2011

Sebelum Memasak

   Sebelum memasak, perkara yang paling penting yang perlu diambil kira adalah hal keselamatan. Ianya amat penting bagi mengelakkan perkara yang tak diingini dari berlaku. Bukan itu sahaja, tetapi ia dapat membantu kita  memudahkan lagi dalam proses memasak.
Contohnya, jika ada berlaku kecemasan, proses memasak semestinya akan tergendala dan waktu memasak akan memakan masa yang lebih lama, dan lebih malangnya jika kecemasan yang melibatkan nyawa seseorang. Ha..siapa nak tanggung..diri sendiri juga yang susah.

Perkara penting yang perlu diambil berat :-
1- Keselamatan diri/pekerja/chef
   - Pakaian, Adab, dll.
2- Keselamatan peralatan
   - P.Memproses, P.Memasak, P.Holding, P.Penyejukan.
3- Keselamatan tempat
   - Kebersihan, Suasana, dll.

Aspek ini penting bagi menjamin seseorang tukang masak berada dalam keadaan yang selamat ketika proses memasak dan sehinggalah siap sepenuhnya selama mereka berada di dapur.

Jadi...amalkanlah 3perkara tersebut untuk mengurangkan risiko yang tidak diingini dari berlaku.